Hari sudah pagi, matahari telah mengembangkan sayapnya menyelubungi seluruh alam. Yusuf terbangun dari tidurnya sejak subuh tadi dengan muka yang berseri seri, kerana kini selain udara pagi yang enak dan nyaman, cahaya matahari kini berkemilauan dan pula kerana dalam tidurnya semalam dia bermimpi menarik sekali. Dengan tersenyum manis dia lalu pergi mendapatkan bapanya Nabi Yaakub bertanyakan kalau kalau ada khabar baik dari mimpinya itu: Ya bapaku, saya sudah bermimpi malam tadi, sebuah mimpi yang sangat baik, kerananya saya sangat berbesar hati, senang perasaan. Dalam mimpi itu saya melihat sebelas bintang, matahari dan bulan kesemuanya sujud kepada saya. Cubalah bapa terangkan kepada saya akan takwil mimpi itu, karena saya tidak tahu akan takwilnya.
Mendengar mimpi anaknya yang sebaik itu, Nabi Yaakub tersenyum gembira lalu berkata: Hai, anakku! Mimpimu itu adalah mimpi yang benar, menjadi kenyataan sekarang apa yang aku sangka sangkakan selama ini terhadap dirimu, dan segala sesuatu yang aku harap harapkan atasmu. Itulah dia khabar gembira dari Allah yang akan mengistimewakan engkau dalam pengetahuan, akan memberi engkau nikmatNya yang banyak. sebagaimana juga nenek nenekmu Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak sendiri dahulu sebelum kamu ini.
Aku menasihatkan kepadamu, agar engkau jangan sekali kali menceritakan mimpimu itu kepada saudara saudaramu, sebab aku tahu bahawa saudara saudaramu itu telah menaruh hati yang buruk terhadap dirimu dan saudaramu, Bunyamin, lantaran aku mengistimewakan engkau berdua dalam asuhanku.
Aku sudah mendengar sendiri pada hari ini bahawasanya saudara saudaramu itu telah membicarakan hal kamu berdua dengan pembicaraan yang sungguh tidak enak didengar. Kalau engkau ceritakan pula mimpimu kepada mereka, pastilah akan bertambah kedengkian mereka itu, mungkin kebencian mereka akan bertambah tambah kepadamu berdua, mungkin pula mereka akan memperdayakan engkau dengan berbagai bagai jalan dan akal, maklumlah mereka itu sudah dipengaruhi oleh syaitan, sedang syaitan itu adalah musuh yang sebesar besarnya bagi manusia.
Yusuf adalah anak yang luar biasa di antara anak anak Nabi Yaakub yang banyak itu, kerana bagus dan elok rupanya, baik perangainya, dalam pemikirannya dan luas pengetahuannya. Ibunya (Rahil) meninggal dunia ketika dia dan adiknya Bunyamin masih kecil, masih berumur dua belas tahun saja. Karena kematian ibunya inilah, maka bapanya Nabi Yaakub sangat cinta terhadap kedua anaknya ini, iaitu Yusuf dan Bunyamin. Itulah yang menyebabkan saudara saudaranya yang lain dengki dan irihati terhadap kedua saudara yang tidak beribu ini. Apalagi setelah Yaakub mendengar dan mengetahui akan mimpi Yusuf itu, semakin bertambahlah sayangnya terhadap Yusuf dan semakin bertambah pula pengawasannya untuk keselamatan Yusuf bersama adiknya. Hal ini menyebabkan bertambah kebencian saudara saudaranya terhadap Yusuf sendiri berserta adiknya itu.
Walau bagaimana juga, kebencian dan kedengkian itu tidak dapat ditutup dan disembunyikan sama sekali. Begitu juga rasa cinta terhadap seseorang, sebagaimana rasa sayang Yaakub terhadap Yusuf dan adiknya pun tidak dapat ditutup dan disembunyikan; pasti ketahuan dan kelihatan jua. Begitulah, saudara saudara Yusuf itu semuanya sudah mengetahui betul akan sikap bapa mereka terhadap Yusuf dan adiknya. Yusuf dan Nabi Yaakub sendiri mengetahui benar akan perasaan saudara saudara Yusuf terhadapnya.
Pada suatu hari, mereka yang dengki dan benci kepada Yusuf itu lalu berkumpul dan bermesyuarat. Sama sama mengemukakan perasaan masing masing atas peri laku bapanya yang dianggapkan tidak adil itu. Salah seorang di antara mereka berkata: Sudah sama sama kita lihat sendiri, bahawa Yusuf dan adiknya lebih disayangi oleh bapa kita berbanding dengan kita semua.
Saya tidak mengerti, apakah yang telah menyebabkan bapa kita berperangai demikian, bukankah kita sekalian ini yang besar dan tua dari Yusuf dan adiknya, kitalah yang lebih kuat, bukankah kita sudah banyak berjasa menjaga dan memelihara Yusuf sendiri, tetapi kenapa dia yang lebih disayangi? Apakah karena Yusuf lebih mulia daripada kita? Dan tidak ada keterangan yang dapat saya percayai yang menyatakan bahawa Yusuf lebih mulia. Apakah kerana Rahil, ibunya lebih dekat di hati bapa daripada ibu ibu kita sendiri? Kalau begitu apa kesalahan si anak sekali pun berlainan kecintaan terhadap ibu ibu kita? Kalau begitu bapa kita sungguh sungguh keliru sekali.
Berkata pula seorang yang lain: Kelebihan bapa terhadap Yusuf sudah terang, sebagai terangnya matahari di tengahari. Kesayangan itu timbulnya dalam hati dan sangat berkuasa. Kesayangan itu tidak dapat dihilangkan hanya dengan kata kata dan bujukan, tidak dapat dengan kepintaran akal sebab cinta itu berdiri atas akal itu sendiri. Selama Yusuf masih berada dalam lingkungan keluarga kita, selama itulah cinta bapa kepadanya akan terus berlangsung, sebaliknya kita akan di ketepikan. Tidak ada jalan lain yang dapat melaksanakan niat kita, kecuali menghapuskan Yusuf dari pergaulan kita, dengan membunuhnya dan menghilangkan semua bukti bukti atas pembunuhan itu, atau kita bawa dia ke tempat yang jauh, kita berikan kepada binatang buas atau kita kuburkan hidup hidup di gurun pasir yang panas itu. Lama kelamaan sayang bapak terhadap kita akan timbul dengan sendirinya, kerana Yusuf yang dicintainya sudah tidak ada lagi. Kemudian kita mohon ampun kepada Tuhan atas semua dosa yang kita perbuat itu. Sesudah itu kita tidak akan berbuat jahat lagi.
Lalu tampil pula ke muka berbicara Yahuza, iaitu seorang yang paling baik hatinya di antara kesemua adik beradik itu, paling dalam pemikirannya dan tajam pula otaknya: Kita sekalian adalah anak Nabi Yaakub, keturunan dari Nabi Ibrahim yang mulia. Kita mempunyai akal dan agama. Pembunuhan tidak dibenarkan oleh akal dan dilarang keras oleh agama. Sedang Yusuf tidak bersalah sedikitpun, tidak pernah berdosa, juga tidak pernah berbuat tidak baik terhadap kita. Bila kamu sekalian ingin menjauhkan Yusuf dari kita, bawa sajalah dia ke telaga Jub, yang letaknya jauh dari sini, tempat orang yang singgah mengambil air. Taruhlah Yusuf dalam telaga itu, lalu ditinggalkan di sana, agar dia diambil orang orang yang lalu lintas di sana sebagai anak angkatnya. Biar dibawa orang itu ke mana mereka pergi, sehingga Yusuf tidak dapat kembali ke tengah tengah kita buat selama lamanya. Dengan jalan begini, kita terhindar dari dosa pembunuhan. Pandangan Yahuza ini masuk akal mereka itu semua, mereka lalu sepakat akan menjalankannya selekas mungkin.
Pagi pagi benar keesokan harinya, mereka pergi bersama sama mengunjungi bapanya, lalu berkata: Ya, bapa kami! Percayalah bapa kepada kami tentang Yusuf. Dia adalah saudara kami sendiri, anak bapa semuanya. Kami cinta kepadanya sebagaimana sayang bapa sendiri terhadapnya. Biarkanlah dia besok pagi pergi bersama sama kami ke bukit itu, di mana udara agak sejuk dan pemandangannya indah, dengan langit yang bersih tak berawan, matahari yang bersinar. Kami ingin bermain main dengan dia, bersama sama memanjat memetik buah, menggembala kambing. Kalau bapa izinkan, kami sekalian akan bertanggungjawab atas keselamatannya, kekuatan dan keberanian kami akan menjaganya, jiwa kami sekalian menjadi pertaruhannya.
Mendengar perkataan itu, Nabi Yaakub menjawab: Aku khuatir akan terjadi sesuatu akibat yang kurang baik, yang tak diinginkan. Aku tak berkeberatan Yusuf terjauh dari aku, yang aku khuatirkan takut kalau kalau kamu pergi dengan dia kamu terlalai, lalu dia ditangkap serigala dan dimakannya; kamu kembali tanpa Yusuf, tentu aku berhati sedih.
Mereka menjawab pula: Apakah dia akan ditangkap serigala, sedang kami semua menjaganya? Tidak seorang pun di antara kami ini penakut dan berbadan lemah. Bila terjadi apa yang bapa khuatirkan itu, kami sekalian turut kehilangan saudara kami sendiri.
Sekalipun tetap khuatir, tetapi Yaakub tidak dapat menjawab pembelaan mereka, selain hanya berkata: Kalau begitu jagalah Yusuf baik baik jangan dilalaikan sedikitpun dari penglihatan dan apa yang kamu kerjakan Allahlah yang mengetahuinya.
Keesokan harinya, mereka bawalah Yusuf bersama sama ke tempat yang jauh sejauh jauhnya, menuju ke telaga yang sudah ditentukan mereka. Sebelum sampai ke telaga, niat mereka yang buruk itu tidak dapat mereka dibendung lagi, kerana desakan hati yang jahat, kedengkian yang memuncak. Setelah sampai di telaga, Yusuf ditelanjanginya dan mereka masukkan ke dalamnya. Mereka lalu kembali pulang sambil membawa bajunya, Yusuf ditinggalkan sendirian di dalam telaga yang dalam, menunggu nasib takdir Ilahi atas dirinya.
Dengan jalan begitu menurut sangka mereka, mereka telah dapat mengubati sakit hatinya selama ini; mereka mengira bahawa lama kelamaan bapa mereka akan melupakan Yusuf dan tidak akan mengingatinya lagi, mereka lupa akan kekuasaan Allah. Mereka lupa bahawa Allah selalu dapat melepaskan hambaNya yang tak bersalah, melindungi orang yang Ia kehendaki.
Di kala senja hari, mereka sudah kembali di rumahnya; lalu datang menemui bapa mereka dengan kata kata dan kalimat yang sudah mereka susun, untuk membohongi orang tuanya sendiri. Dengan bertangisan tersedu sedu, sambil memegang baju Yusuf yang sudah dilumuri dengan darah yang mereka cari sendiri untuk berbohong, lalu berkata: Ya, bapa kami! Rupanya terjadi juga apa yang bapa khuatirkan itu. Yusuf terlalai sebentar dari pandangan mata kami kerana kami berjalan terdahulu. Tidak kami ketahui, bahawa dikala itu seekor serigala telah menerkam Yusuf, lalu memakannya. Hanya tinggal bajunya yang sudah berlumuran darah saja. Inilah bajunya itu, sebagai bukti dari apa yang kami terangkan. Kami sedih sesedih sedihnya. Barangkali juga bapa tidak percaya kepada kami, sekalipun kami berkata benar.
Yaakub menjawab dengan sedihnya: Nafsu kedengkian kamu telah menyebabkan kejadian yang mengerikan ini. Kejadian itu sudah terjadi. Tidak ada yang lebih baik bagiku selain bersabar, sampaidatang saatnya nanti, di mana akan ternyata apa sebenarnya yang terjadi. Hanya kepada Allah aku mohon pertolongan atas segala galanya.
Di dalam telaga yang dalam, yang terletak jauh di tengah tengah padang pasir, gelap dan sunyi pula, sungguh merupakan satu ujian yang berat bagi pemuda yang bernama Yusuf. Memang sudah menjadi kudrat dan iradat Allah Yang Maha Kuasa, untuk menguji hambaNya yang taat dan bakti kepadaNya dengan berbagai bagai cubaan yang berat berat. Bukan dengan maksud menyeksa dan menyakitinya. Dengan pengertian beginilah kita harus memahami akan segala nasib dan musibat yang menimpa diri berbagai bagai Nabi, Rasul dan orang orang suci lainnya.
Dibandingkan dengan lain lain ujian yang pernah diderita oleh para Nabi dan Rasul, mungkin cubaan yang dialami Yusuf ini agak ringan juga. Hanya yang paling berat dirasakan oleh Yusuf, adalah kerana yang melakukan pekerjaan ini terhadap dirinya bukanlah orang lain, tetapi adalah adik beradiknya sendiri dan sedarah dengan dia yang menjadi musuhnya. Yusuf tetap tenang dalam telaga yang gelap dan dalam itu, sebagai seorang muda yang mulia, tahan uji serta tabah.
Matanya mulai melihat keliling dinding telaga yang curam dan dalam. Tidak ada yang dapat dilihatnya kerana gelapnya, selain air yang tenang dan jernih dari telaga itu sendiri. Bagaimana perasaan Yusuf dan apakah gerangan yang menjadi pemikirannya ketika itu, susah kita dapat menekanya. Yang terang, ingatannya selalu pergi ke arah bapanya yang begitu sayang terhadap dirinya. Terbayang dalam fikiran Yusuf bagaimana sedih bapa yang ditinggalkannya, sedih yang tak dapat dibayangkan dengan pena atau lisan.
Lapar pun mulai menyerang perutnya. Tetapi di mana dia akan beroleh makanan? Dan berapa lamakah dia akan tahan menahan lapar? Semuanya itu diserahkannya bulat bulat kepada Allah Yang Maha Kuasa lagi amat Bijaksana. Dalam menanggungkan sedih dan lapar yang sedang memuncak itu, tiba tiba terdengar jelas wahyu Ilahi menembus jiwanya:
Sabar dan sabarlah engkau, hai Yusuf, Aku Tuhanmu akan memberi jalan lepas kepadamu, Aku pertemukan engkau dengan saudara saudaramu itu, tetapi sesudah bertahun tahun kemudian. Dengan menerima wahyu yang demikian bunyinya, hilanglah kesedihan dan kesengsaraan batin yang diderita Yusuf. Dia menunggu bagaimana caranya bantuan Allah itu datang kepadanya. Sejurus kemudian, telinganya mulai mendengar detak-detik, gerak dan geri di atas padang pasir sekitar telaga itu. Telinganya dipasangnya sebaik baiknya
Terbukti bahawa suara itu semakin dekat dan semakin terang juga. Akhirnya ternyata bahawa suara itu adalah suara tepak kaki manusia yang sedang berjalan. Ternyata akhirnya, bahawa di dekat tempat itu sedang lalu satu kafilah, iaitu rombongan musafir unta di padang pasir. Bibir Yusuf mulai memperlihatkan senyuman, kembang harapan mulai merekah dan terbuka dalam kalbunya. Saat terlepas rupanya sudah dekat waktunya.
Terdengar jelas, para musafir itu melepaskan tongkat mereka di tepi telaga itu, tanda bahawa mereka mengambil tempat itu sebagai tempat istirahat. Terdengar pula suara pemimpin kafilah memerintahkan seseorang untuk mengambil air dari telaga itu untuk melepaskan dahaga mereka serta dahaga unta untanya.
Sebuah gayung air yang besar meluncur dari atas ke dalam telaga itu, tepat jatuhnya di hadapan Yusuf; dengan segera Yusuf merangkul gayung itu serta berpegang dengan kedua tangannya pada tali gayung. Tali ditarik orang ke atas, akhirnya tiba di permukaan bumi. Baru saja orang yang menarik gayung itu melihat wajah Yusuf yang sedang berpegang pada tali gayung itu, dia berteriak sekuat hatinya kerana gembira: Nah, alangkah untungnya, ini adalah seorang anak, anak yang cantik molek. Segera Yusuf dikerumuni oleh semua manusia yang turut dalam rombongan kafilah itu. Dengan riang gembira dan penuh kehairanan, dari mana datangnya anak ini.
Akhirnya mereka sepakat akan menjual Yusuf, bila sudah tiba di kota yang mereka tuju; karena begitu kehendak sebahagian mereka yang ingin mendapatkan keuntungan untuk dirinya sendiri, sekalipun ada pula di antaranya yang berperikemanusiaan, ingin mengembalikan Yusuf kepada orang tuanya, atau ingin menjadikan Yusuf sebagai anak angkatnya.
Kafilah itu lalu meneruskan perjalanannya menuju ke negeri Mesir. Nabi Yusuf dibawa ke pasar budak untuk dijual. Akhirnya Yusuf dijualnya dengan tidak banyak tawar menawar, hanya dengan beberapa dirham saja. Mereka jual dengan murah, ada yang kerana kasihan dan keikhlasan hati, ada pula yang kerana takut kalau kalau menjadi perkara yang berpanjangan. Yang sebenarnya seluruh kekayaan yang ada di permukaan bumi ini, belum tentu cukup untuk harga diri Yusuf yang mulia dan suci itu. Yusuf dibeli oleh seorang pembesar negara Mesir, yang memegang tampuk kekuasaan dalam negara itu, Futifar namanya. Dan pula menjadi salah seorang menteri yang terbesar.
Dengan gembira dan rasa beruntung, pembesar itupun segera membawa Yusuf pulang ke rumahnya, lalu ditunjukkan kepada isterinya sambil berkata: Anak ini menurut tanda tanda yang saya lihat pada dirinya dari keterangan tabiat dan wajahnya, adalah seorang anak yang berasal dari orang yang mulia dan terhormat. Terimalah dia dalam kekeluargaan kita, beri tempat yang terhormat kepadanya, jangan diperlakukan sebagai khadam, jangan dianggap sebagai budak belian, sekalipun dia memang kita beli sebagai budak. Saya yakin, bila anak ini sudah dewasalah, menjadi orang yang berumur, akan memberi manfaat kepada kita, atau mari kita ambil dia sebagai anak angkat kita sendiri. Isteri pembesar itupun turut senang dan gembira dengan adanya Yusuf di kalangannya, sebagai anaknya sendiri yang berkebetulan dia sendiri tidak punya anak.
Begitulah Yusuf tinggal di rumah itu sebagai rumahnya sendiri. Dia turut mengerjakan segala sesuatu yang pantas dikerjakannya, dengan rajin dan penuh dipercayai sebagai keluarga, bukan sebagai budak atau khadam. Baik lakunya terhadap anggota rumahtangganya, begitu pula terhadap tetangga dan orang orang yang berdekatan dengan dia.
YUSUF DALAM PENJARA
Yusuf masuk penjara bukanlah karena mencuri atau membunuh, tetapi kerana desakan dari isteri pembesar yang memelihara dirinya dan kerana doanya sendiri kepada Allah, kerana tidak tahan dia di tengah tengah masyarakat yang selalu menggoda kepadanya. Sungguhpun begitu dalam penjara dia setempat saja dengan orang orang penjara lainnya, yang umumnya terdiri dari kaum perompak dan pembunuh, penjahat-penjahat besar yang kasar dan tak berbudi. Disebabkan pergaulan dengan mereka itu, makin kuatlah imannya, makin tabah hati dan jiwanya, makin banyak rahsia masyarakat dapat diketahuinya, makin besar keagungan Ilahi dapat dirasakannya.
Selama tinggal di dalam penjara itu, waktunya selalu dipergunakan untuk merawat orang-orang yang sakit lemah, memberi nasihat kepada yang bersalah dan berdosa, mengajarkan berbagai bagai ilmu dan hikmat yang suci kepada penjahat penjahat itu, lalu pada suatu hari datanglah kepadanya wahyu yang pertama, menyatakan dia diangkat Tuhan menjadi Nabi dan RasulNya.
Seterima wahyu yang pertama itu segera Nabi Yusuf menjalankan tugas kerasulannya di dalam masyarakat penjara itu dengan menyeru mereka kepada menyembah Allah, menjauhkan kesyirikan dan kejahatan. Dinyatakannya kepada mereka, bahwa dia adalah Nabi dan Rasul Allah yang diberi perintah untuk membawa mereka ke jalan yang benar. Tiba tiba masuklah pula ke dalam penjara itu dua orang pemuda. Yang pertama bekas tukang kebun raja, sedang yang kedua bendahara raja. Setelah lama hidup dalam masyarakat penjara dan merasakan sengsara dan kesusahannya, tiba tiba pada suatu malam kedua pemuda itu bermimpi semacam mimpi yang aneh dan ajaib, sehingga kedua pemuda tadi selalu gelisah sebelum dapat mengetahui akan takwil mimpi mereka masing masing.
Tidak lain yang mereka harapkan untuk mentakwilkannya, selain dari Nabi Yusuf, kerana hanya Yusuf yang paling mereka percayai, pula sudah mereka ketahui, bahwa Yusuf adalah Nabi dan Rasul Allah. Dengan kenabian dan kerasulannya itu, tentu dia mengetahui banyak rahsia yang ajaib ajaib, begitu pun berkenaan dengan takwil mimpi. Pagi pagi benar pemuda itu telah datang menghadap Yusuf. Mula mula berkata tukang kebun raja menceritakan mimpinya:
Saya bermimpi bahawa saya sedang berada dalam sebuah kebun kurma yang sangat lebat buahnya, menghijau warnanya dan seakan akan di tangan saya ini ada sebuah gelas kepunyaan raja; dengan gelas itulah saya memeras buah buah kurma untuk dijadikan air anggur.
Berkata pula orang yang kedua, iaitu bendahara raja: Saya bermimpi bahwa saya membawa sebuah keranjang di atas kepala saya yang penuh dengan bermacam macam roti dan makanan. Tiba tiba terbang melayang di atas kepala saya burung burung helang, lalu menyambar akan semua roti dan makanan itu, dibawanya terbang ke tempat yang sangat jauh. Sebelum menerangkan akan takwil mimpinya kedua pemuda itu, Yusuf mengambil kesempatan dahulu untuk menjalankan dakwahnya terhadap orang banyak dengan berkata: Saya ini adalah Nabi dan Rasul Allah. Saya akan kemukakan takwil mimpi kedua pemuda ini dengan apa yang diwahyukan Allah kepada saya, wahyu yang sudah barang tentu akan kebenarannya. Bukan seperti tukang tukang tenung dan nujum yang hanya mempergunakan pertolongan setan yang menjadi musuh Allah, dan belum tentu ke-benaran terkaan akan tenungannya itu.
Sekarang akan saya terangkan takwil mimpi kedua pemuda ini menurut apa yang diwahyukan Allah kepada saya, yang boleh kamu jadikan bukti atas kebenaran apa yang saya katakan dan ajarkan kepadamu.
Takwil mimpi pemuda pertama, ialah bahawa dia segera akan keluar dari penjara ini dan kembali bekerja sebagai sebelum masuk penjara yaitu menjadi tukang kebun raja. Adapun takwil pemuda yang kedua, ialah bahawa dia akan dihukum salib, bangkainya akan dimakan oleh burung burung.
Kemudian kepada pemuda yang akan keluar dari penjara itu, Nabi Yusuf berpesan, agar disampaikannya kepada raja, bahawa di dalam penjara ini banyak orang yang tak bersalah yang dihukum, hanya dengan tuduhan tuduhan yang tidak benar belaka, agar hal ini mendapat perhatian raja sepenuhnya. Kebenaran takwil mimpi yang diterangkan Nabi Yusuf ini ternyata kemudian dan Nabi Yusuf bertahun tahun lamanya masih tetap meringkuk dalam penjara itu.
YUSUF KELUAR DARI PENJARA Raja sendiri akhirnya bermimpi yang sangat aneh pada suatu malam, sehingga raja sendiri gelisah pula, takwil apakah gerangan dari mimpinya yang aneh itu. Lalu dipanggilnya semua orang cerdik pandai, tukang telek dan pembesar pembesar kerajaan. Ditanyakannya kepada mereka itu kalau ada yang tahu akan takwilnya dengan berkata: Aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi yang kurus. Saya lihat pula tujuh tangkai gandum yang subur dan tujuh tangkai pula yang kurus kering. | |
|
YUSUF MENJADI MENTERI MESIR
Dengan pengakuan para perempuan dan isteri pembesar itu sendiri bersihlah Nabi Yusuf dari segala sangka dan tuduhan selama ini. Bukan bersih semata-mata, tetapi malah bertambah baik namanya di kalangan masyarakat ramai, setelah setiap orang yang keluar dari penjara itu menerangkan dalam masyarakat akan sifat dan perangai Nabi Yusuf di dalam penjara. Atas segala keterangan ini, raja menjadi tertarik hatinya untuk memperkerjakan Yusuf di kalangannya sendiri, menjadi ajudan raja, lalu raja berkata kepadanya: Berdasarkan apa yang aku ketahui tentang dirimu, budi-pekertimu, pemandangan dan pengetahuanmu, maka mulai hari ini engkau kuangkat menjadi aminku, menjadi orang kepercayaan tempat aku bertanya meminta nasihat-nasihat. Maka engkau mulai hari ini berkuasa atas kerajaan kita ini, engkau berkewajiban memperbaiki yang kurang baik dalam negara dan memajukannya menurut apa yang engkau rasa baik. Semuanya aku serahkan kepadamu untuk memutuskan dan mengendalikan-nya.
Karena Yusuf sudah tahu apa yang akan terjadi sebagaimana bunyi takwil mimpi yang sudah ditakwilkannya itu, dimana akan datang masa makmur, maka Yusuf minta supaya kepadanya di-serahkan kementerian kemakmuran, ekonomi dan kewangan, karena Yusuf tahu bahwa makanan dan wanglah yang menjadi pokok pangkal keselamatan dan kesengsaraan sesuatu negara di atas dunia ini. Dia minta kedudukan-kedudukan itu kepada raja dengan keyakinan, bahawa dia dapat menghindarkan ummat dari kesengsaraan dan kelaparan yang akan datang itu.
Permintaan Yusuf dipenuhi seluruhnya oleh raja. Dia menjadi seorang menteri yang berkuasa penuh. Demikianlah caranya Allah telah menempatkan Yusuf di tempat yang selayaknya, sesudah bertahun-tahun lamanya di dalam latihan dan training. Sekalipun ia bekas penghuni penjara tetapi semua perkataannya didengar dan diturut orang, segala aturan yang dibuatnya dapat dijalankan rakyat dengan patuhnya; dia menjadi buah bibir dan kecintaan rakyat yang diperintahnya, pula dicintai oleh raja-raja lain yang menjadi tetangga negaranya. Sekalipun sebelum ini dia pernah dipenjarakan, dibuang ke dalam telaga, diperjualbelikan dan sebagainya.
Sudah tujuh tahun konon Nabi Yusuf memegang tampuk kekuasaan, menjalankan rencana politik dan kemakmurannya. Negeri Mesir menjadi bertambah-tambah makmur, rakyatnya semakin bertambah bersatu-padu, taat dan berdisiplin. Masa tujuh tahun itu dipergunakannya sebaik-baiknya untuk memperbanyak gandum simpanan, untuk menghadapi masa tujuh tahun yang panas dan terik, yang sengsara dan lapar itu.
Masa tujuh tahun berikutnya itupun datanglah. Karena terik dan panasnya, tidak terdapat air mengalir, sehingga matilah semua binatang dan tanaman, maka melaratlah semua penduduk negeri. Tetapi karena persediaan yang cukup yang telah diselenggarakan oleh Yusuf selama tujuh tahun berturut turut, maka tidak seorangpun di antara rakyat Mesir yang mati kelaparan di musim meleset itu. Kesengsaraan dan kelaparan di kala itu bukan hanya menimpa negeri Mesir saja, tetapi menimpa pula negeri-negeri yang berdekatan dan bertetangga dengan Mesir sampai ke Kanan, dimana bertempat tinggal Nabi Yaakub dengan anak anaknya yang dinamakan Asbat itu. Kesihatan perekonomian Mesir di saat yang berbahaya itu dikenal oleh negara negara yang bertetangga dengan Mesir. Orang orang pun sudah sama mengerti bahwa Mesir dipimpin oleh seorang Menteri yang amat pintar, yang adil dan berbudi paling tinggi. Kerana itu, bangsa bangsa dan negara negara yang terletak di sekitar Mesir itu sekalipun berlainan bangsa dan warna kulit, tidak malu malu datang minta pertolongan ke Mesir untuk mengatasi kesengsaraan rakyat di negaranya masing masing.
Pada suatu hari Nabi Yaakub yang sudah sangat tua dan buta matanya itu berkata kepada anak anaknya: Hai anak anakku, kesengsaraan ini akan menimpa diri kita pula. Sebab itu cubalah kamu pergi, beri pelanalah unta untamu itu, pergilah menuju ke negeri Mesir, dimana sekarang ini berkuasa seorang yang paling adil dan baik, namanya masyhur ke mana-mana. Karena kebijaksanaannya, Mesir tetap tidak kelaparan dan tetap makmur. Cubalah minta pertolongan kepada pembesar yang adil berbudi itu. Tetapi janganlah kamu pergi dengan membawa Bunyamin. Biarlah dia tinggal bersamaku di rumah. Kalau tidak begitu dengan siapakah aku akan berhibur sedih sepeninggal kamu sekalian, menjelang kamu kembali. Aku doakan mudah mudahan kamu selamat dalam perjalanan, dilindungi oleh Allah dan ditunjukiNya pula jalan yang lurus.
Pada suatu hari, penjaga pintu kamar kerja Yusuf mengetuk pintu, lalu masuk dan berkata kepada Yusuf: Di luar ada sepuluh orang lelaki, yang tampak persamaan keadaan mereka dan tampak dari wajah mereka bahawa kedatangannya itu bukan dengan niat yang kurang baik. Mereka tampaknya asing di negeri kita ini, berlaku sebagai tetamu dari jauh. Itu terbayang dari bahasa dan gerak gerinya sebagai orang baru yang agak kehairanan. Mereka minta izin masuk, ingin bertemu dengan engkau, hendak mengemukakan hal hal yang mereka bawa berhadapan mata dengan engkau. Setelah Yusuf memberi izin, mereka lalu masuk. Semuanya adalah saudara-saudara Yusuf sendiri, anak anak Nabi Yaakub yang diperintahkan bapanya datang ke Mesir, untuk minta bantuan bahan makanan. Sebagai seorang yang kuat ingatannya, bijaksana dan pintar,
Yusuf tidak lupa kepada mereka. Untuk kebaikan dan kelancaran urusan yang menyebabkan kedatangan mereka itu, Yusuf mendiamkan apa apa yang sudah diketahuinya itu terhadap mereka. Sedang mereka rupanya tidak sedikitpun mengira, bahwa yang mereka hadapi itu adalah saudaranya, yang dahulu pernah mereka buang ke dalam telaga Jub.
Yusuf menyambut mereka dengan sebaik baik sambutan dan diperlakukannya sebagai tetamu yang istimewa dan terhormat. Mereka dipersilakan duduk di tempat yang ditentukan, karena Yusuf ingin mendengar berita berita penting dari mereka, mahu mengetahui keadaan mereka sekarang ini.
Sekarang mereka sudah duduk bersama di sekitar Nabi Yusuf, Yusuf mulai bertanyakan ini dan itu: Kamu sekalian sudah saya sambut sebagai tamu yang harus kuhormati dan menjadi haklah bagiku terlebih dahulu untuk bertanyakan sesuatu hal tentang keadaanmu dan maksud kedatanganmu ke mari. Saya ingin tahu lebih dahulu siapakah sebenarnya saudara-saudara ini semua?
Salah seorang di antaranya menjawab: Ya, Tuanku yang budiman ! Kami ini semuanya bersaudara. Yang sebenarnya saudara saudara kami berjumlah duabelas orang, semuanya keturunan Nabi yang mulia, Rasul yang besar. Sepuluh orang di antaranya kami yang duabelas bersaudara itu, diutus oleh Nabi mulia iaitu bapak kami, untuk menghadap Tuan ke mari. Cita cita kami semuanya bergantung pada diri Tuan seorang. Adapun saudara kami yang kesebelas, kami tinggalkan bersama orang tua kami, untuk mengurus keperluan bapa kami yang sudah tua dan mengurus rakyat beliau yang kami tinggalkan. Mengenai saudara kami yang keduabelas, sudah lama tidak lagi di samping kami. Kami tidak mengetahui, apakah dia sudah diangkat Tuhan ke rahmatNya, ataukah dia masih melayarkan bahtera hidupnya dibumi luas ini, semua itu tidaklah kami ketahui. Demikianlah keadaan kami yang sebenarnya.
Berkata pula Yusuf: Saya percaya segala yang kamu kemukakan itu benar semuanya. Sungguhpun begitu, kebenaran sesuatu keterangan itu kurang jelas bila tidak ada bukti yang nyata dan dapat dilihat oleh mata. Untuk menenangkan hati saya, saya minta dari kamu sekalian saksi dan bukti kebenaran dari apa yang kamu ceritakan itu. Bukankah kamu mengatakan tadi bahawa kamu bersaudara sebelas orang banyaknya. Cubalah bawa ke hadapan saya yang seorang lagi, karena yang ada sekarang ini hanya sepuluh orang saja.
Jawab mereka: Ya, Tuanku ! Kami di sini jauh sekali dari kampung halaman kami, jauh dari famili dan kawan kawan kami. Tak begitu mudah kami membawa seseorang saksi dari kampung kami, apalagi kami sudah kekurangan perbekalan untuk pulang dan kembalinya.
Jawab Nabi Yusuf: Saya akan menyediakan perlengkapan dan perbekalan bagimu secukupnya. Agar kamu kembali ke kampungmu selekas mungkin, bawalah ke mari saudaramu yang masih ketinggalan itu, cukuplah dia seorang untuk menjadi saksi dan bukti atas kebenaran apa yang kamu katakan tadi. Bila kamu kembali bersama dia ke mari, saya akan menyambutmu lebih gembira dari sekarang ini dan akan saya lipat-gandakan barang perlengkapan dan perlengkapan kamu. Hanya inilah syarat dan permintaanku dan hanya ini pulalah janjiku terhadapmu. Tetapi bila kamu tidak membawa dia ke mari, jangan diharapkan bahawa permintaanmu akan kukabulkan dan tidak ada gunanya kedatanganmu kembali nanti.
Mereka menjawab pula: Kami sangsi bahwa bapa kami tidak dapat mengizinkan saudara kami yang seorang itu dibawa ke mari, kami sangsi pula apakah beliau cukup bersabar hati berpisah dengan adik kami itu. Tetapi baiklah akan kami cuba membawanya dengan keterangan-keterangan yang dapat beliau percayai dan semua itu akan kami jalankan insya Allah. Yusuf lalu memerintahkan kepada orang-orang bawahannya untuk menyediakan perbekalan dan perlengkapan mereka itu. Diberinya bekal yang jauh lebih banyak dan bekal tersebut bukan saja merupakan bahan makanan sebagai yang diminta mereka, tetapi ditambah dengan emas perak untuk mereka perjual belikan, agar mereka benar benar kembali ke tempat ini lagi dengan harapan yang tidak kosong. Mereka segera bertolak kembali ke negerinya dengan perasaan lega, disebabkan sambutan sambutan Yusuf yang sangat memuaskan yang menjadikan kenang kenangan mereka, dengan memperoleh buah tangan dan tandamata yang sangat berharga.
Setiba di negerinya, segera mereka menemui bapaknya, menceritakan pengalaman pengalaman dan apa apa yang sudah berlaku antara mereka dengan pembesar Mesir itu dengan berkata: Kami sudah menemui pembesar itu, ya bapak, rupanya dia adalah seorang yang sangat baik, seorang menteri yang murah hati, dimuliakannya kedatangan kami, ditanyakannya hal ihwal kami, diberinya kami tempat sebaik baiknya, dilengkapinya kami dengan perbekalan-perbekalan yang banyak dan hadiah hadiah yang berharga. Hanya saja ada sebuah syarat yang dimintanya dari kami, iaitu bahwa dia tidak akan memberi bahagian apa apa lagi kepada kami dan tidak akan mempercayai kami, sebelum kami datang kembali kepadanya sambil membawa saudara kami kesebelas yang ditinggalkan bersama bapa. Sebab katanya kalau bukti itu ternyata tidak dapat kami tunjukkan kepadanya, dia tidak percaya akan kebenaran kata kata kami itu. Oleh kerana itu izinkanlah adik Bunyamin dibawa oleh kami esok hari ke Mesir dan akan kami jamin keselamatannya, tidak akan kami sia siakan lagi. Dengan kedatangan kami bersama dia nanti, akan menambah berhasilnya atas kedatangan kami itu. Percayalah bapa kepada kami. Dengan mengeluh Nabi Yaakub benkata kepada meneka:
Tak sanggup lagi aku mengizinkan dia pergi bersamamu. Aku tak sanggup berpisah dengan dia. Masih ingatkah kamu sekalian, apa yang tenjadi dengan Yusuf dahulu? Janganlah kamu coba memperdayakanku yang kedua kalinya lagi, cukuplah sudah sekali itu saja aku ditipu olehmu.
Mendengar jawapan itu, lalu mereka membuka semua bungkusan pembawaan mereka. Dikeluarkannya dari bungkusan bungkusan itu emas dan perak. Kesemuanya mereka serahkan kepada bapanya sambil berkata: Bapa, kami tidak berbohong, inilah buktinya atas perkataan kami yang sesungguhnya, kami benar benar telah bertemu dengan Pembesar Mesir yang kenamaan itu. Bagaimana benarnya ucapan kami tentang hal ini, begitu pula besarnya tentang syarat yang diminta oleh pembesar itu. Percayalah bapa, izinkanlah dia bersama kami besok. Kalau kami tidak kembali lagi bersamanya, kami akan tebusi dengan jiwa kami sekalian.
Setelah Yaakub melihat bukti bukti kebenaran apa yang mereka katakan itu, Yaakub mulai sedikit percaya kepada mereka dan merasakan sendiri akan syarat yang diberikan oleh Pembesar Mesir itu. Akhirnya Yaakub mengabulkan penmintaannya dengan mengizinkan Bunyamin turut serta dalam penjalanan itu, tetapi dengan penjanjian dan ikrar yang keras: Dia harus kembali dengan sihat walafiat, kalau tidak, kamu akan menerima takdir yang tidak dapat direkakan hebatnya dan kamu tidak akan diakui sebagai anakku lagi.
Setelah mereka semuanya menerima baik segala janji dan ikrar itu dengan bersumpah dan mempertaruhkan keimanan mereka, lalu berkata: Tuhan menjadi saksi atas segala yang kami katakan itu.
Mereka berangkat bersama adiknya yang diminta oleh Yusuf supaya dibawa. Setelah berjalan jauh, menurun dan mendaki berhari dan bermalam, akhirnya sampailah mereka di tempat yang dituju, lalu minta izin masuk untuk bentemu dengan Yusuf. Baru saja Yusuf melihat akan saudaranya sendiri turut serta, bukan main ghairatnya untuk memeluk dan menciumi saudaranya itu, tetapi seluruh perasaannya disembunyikan saja, Mereka itu dipanggil untuk dijamui bersama sama dan diaturnya duduk berdua dua. Kerana mereka berjumlah sebelas orang, maka tinggallah Bunyamin duduk menyendiri. Melihat dia duduk sendiri itu, Bunyamin lalu mengenangkan nasibnya yang malang itu, seraya menangis tersedu sedu dan berkata dengan suara yang gugup-sayup terdengar:
Kalau Yusuf masih ada, tentu dialah yang duduk di sampingku sekarang ini.
Melihat itu Yusuf lalu tampil dan menjadi teman bagi Bunyamin. Rumah tempat tinggal pun disediakan sebuah rumah untuk dua orang dan Yusuf pulalah yang tinggal bersama Bunyamin. Yusuf serumah dan bermalam dengan adiknya. Yusuf lalu bercakap cakap dengan adiknya yang dicintainya itu: Sukakah engkau menjadikan saya sebagai ganti saudaramu yang telah meninggal itu ?
Bunyamin menjawab: Memang tidak ada orang yang lebih baik dari Tuan sendiri. Namun sayang, Tuan bukan dianakkan oleh Yaakub dan bunda Rahil.
Mendengar jawaban adiknya itu, Yusuf tidak dapat menahan airmatanya, lalu menangis tersedu sedu sambil berdiri dan mencium adiknya, ia berkata membukakan rahsianya: Aku ini adalah saudaramu yang selama ini engkau sebut sebut dan kau rindukan. Akulah Yusuf saudaramu itu. Aku sudah mengalami banyak pengalaman kerana buah perbuatan saudara-saudara kita. Banyak pengalamanku yang sedih sedih dan pahit pahit. Aku pernah ditimpa fitnah yang paling berat. Tetapi itu semua kulawan dengan kesabaran dan ketetapan hati, sambil berjuang mengatasinya atas cubaan cubaan itu. Akhirnya Allah menunjukkan jalan bagiku, sehingga yang sengsara kini menjadi kaya, yang pernah difitnah sekarang menjadi orang yang berkuasa. Tetapi hal ini sekali kali janganlah engkau ceritakan kepada saudara saudara kita untuk sementara waktu. Tutuplah dahulu rahsia ini serapat-rapatnya terhadap mereka.
Tidak dapat diterangkan bagaimana perasaan Binyamin pada waktu itu setelah mengetahui bahwa yang bercerita itu adalah Yusuf saudaranya. Begitu pula perasaan Yusuf sendiri !
Beberapa hari sudah berlalu dengan tenang, Mereka sudah sampai waktunya untuk kembali ke negerinya. Tetapi Yusuf ingin membuat sesuatu yang agak menggemparkan terhadap mereka. Setelah semua perbekalan dan alat alat yang diperlukan dalam penjalanan itu disediakan, begitu pula buah tangan untuk dibawa pulang, lalu Yusuf memerintahkan kepada seorang suruhannya, agar ke dalam barang barang yang akan dibawa oleh Bunyamin, dimasukkan dengan diam diam sebuah timbangan kepunyaan negara. Baru saja mereka berangkat keluar dari Kota Mesir, tiba tiba mereka ditahan orang dengan berkata:
Berhenti dan turun semua, kamu ini adalah pencuri semua. Alangkah terkejut dan gemparnya mereka mendengar tuduhan seberat itu: Apakah maksudmu menuduh kami, kami ini bukan pencuri sebagai yang kamu tuduh itu. Barang apakah yang sudah kami curi dari kamu?
Orang itu menjawab: Kami kehilangan timbangan (cupak) kepunyaan raja, dan kami mempunyai persangkaan, bahawa kamulah yang telah mengambilnya. Sebab itu kalian kami tahan dan kami berkuasa untuk menahanmu.
Demi Allah kami datang ke mari bukan untuk merusak dan mencuri, jawab saudara-saudana Yusuf.
Kita tak usah bertengkar panjang-panjang, izinkan saja kami memeriksa segala bungkusan yang kamu bawa ini. Hukuman apakah yang akan kamu jalankan nanti, bilamana barang itu ter-dapat dalam bungkusanmu? kata orang itu lagi. Jawab saudara saudara Yusuf:
Kami ini adalah orang orang yang mempunyai undang undang, mempunyai agama pula. Menurut undang undang dan agama kami, bila seseorang kedapatan mencuni, dia harus ditawan dan boleh dijadikan budak oleh orang yang mempunyai barang itu. Inilah undang undang negeri kami yang selalu kami patuhi dan tunduk kepadanya. Tetapi kami yakin bahwa kami tidak mencuri apa apa.
Akhirnya perkara tersebut dibawa ke hadapan Yusuf, untuk mempersaksikan janji janji yang telah dikemukakan mereka sebagai orang orang terdakwa. Tiap bungkusan diperiksa dengan teliti, seorang demi seorang. Tidak seorang pun di antara sepuluh orang pertama yang membawa barang curian itu. Sekarang tibalah giliran Bunyamin untuk diperiksa segala bungkusannya, iaitu pemeriksaan yang penghabisan. Baru saja bungkusan Bunyamin dibuka, terdapatlah di situ cupak (timbangan) yang dikatakan hilang itu. Cupak itupun segera dipertontonkan kepada mereka. Alangkah terkejut dan terperanjat mereka, malu yang tak dapat terkatakan besarnya.
Yusuf lalu berkata kepada mereka: Sekarang kita tinggal menjalankan undang-undang dan memenuhijanji yang sudah kamu ucapkan tadi. Orang yang bersalah kami tahan dan memang sudah menjadi hak bagi kami untuk menahannya." Ya, Tuanku, keluh mereka. Bapanya sudah sangat tua, sudah melewati dua usia (lapanpuluh tahun lebih), bapanya sungguh berat berpisah dengannya. Ia diizinkan dibawa oleh kami ke mari hanya untuk kali ini saja, guna memenuhi permintaan Tuanku atas kebenaran kami, namun dengan perjanjian bahawa ia harus bersama kami bilamana kami pulang kembali. Kami ini semuanya berjumlah sepuluh orang. Ambillah oleh Tuanku salah seorang di antara kami untuk menggantikannya dan kami percaya bahwa Tuanku adalah orang yang sangat baik hati.
Berkata pula Yusuf: Kami berlindung kepada Allah, bahwa kami tidak akan menahan orang yang tidak mengambil barang kami, sebab kalau demikian halnya, berarti kami orang aniaya.
Dengan meneteskan airmata, mereka meminta agar Bunyamin dapat dibawa pulang akan tetapi permintaan tidak dapat dikabulkan. Akhirnya mereka sama berputusasa untuk memperoleh Binyamin kembali. Berkatalah ketika itu seorang yang terbesar di antara mereka, yaitu Yahuza: Kita sekalian sudah bersumpah terhadap bapak kita, bahwa Bunyamin pasti pulang dengan selamat, tetapi sekarang tennyata Bunyamin tertinggal, apakah daya kita? Apakah kita dahulu sudah menghilangkan Yusuf dari bapak dan ketika itupun kita sama sama bersumpah pula.
Hati bapak yang luka dan sedih karena hilangnya Yusuf belum sembuh, airmata bapak setiap harinya masih terus mengalir. Kita telah berdosa besar terhadap Yusuf dan dosa itu kita ulangi lagi terhadap Bunyamin.
Saya benjanji bahwa saya tidak akan meninggalkan negeri ini, hingga bapa saya memberi izin untuk kembali atau Allah menjatuhkan hukuman atas diri saya, karena Allah adalah sebaik-baik pemberi hukum.
Sebab itu pulanglah engkau sekalian tinggalkan saya dan katakan kepada bapak nanti, bahwa Binyamin telah mencuri, te tapi kita sendiri tidak melihat bahwa dia mencuri dan apa yang sebenar-nya tersembunyi dalam hal ini kita tidak mengetahuinya. Baiklah bapa supaya menanyakan kepada orang orang di bumi tempat kita berpijak di situ dan orang orang di kafilah yang berada di hadapan kita ketika itu, semuanya akan menjadi saksi bahwa per-kataan kita itu benar.
Mereka kesembilan orang pun pulanglah menuju kampung halamannya, sedang Yahuza sengaja tinggal di Mesir, begitupun Bunyamin ditawan oleh pembesar Yusuf.
Baru saja Yaakub melihat bahwa Bunyamin tidak pulang bersama mereka, hatinya rasa disayat untuk kedua kalinya, bercampur geram yang tak dapat dibayangkan. Lalu ia bertanya: Apa pula yang kamu lakukan atas diri saudanamu? Mana sumpah dan janji yang sudah kamu ucapkan itu? Cuba ceritakan apa kejadian yang sebenarnya !
Semua kejadian itu mereka ceritakan. Yaakub lalu memalingkan muka menyisihkan diri menuju ke dalam kamarnya bersembunyi diri dan berkata: Hal itu sudah terjadi pula, maka sabar pulalah yang lebih baik, karena hanya Allahlah yang dapat menolong atas semua apa yang diceritakan itu.
Mula mula aku kehilangan Yusuf, sekarang kehilangan Bunyamin dan Yahuza pula. Mudah mudahan Allah akan mendatangkan mereka yang telah hilang itu bersama sama, karena Tuhan Allah Maha Mengetahui, Maha Kuasa dan Maha Pintar.
| |
disadur dari : cerita-cerita dari Alquran by Tripod
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
silahkan isi komentar anda, terima kasih